Tahun 2010 tertubuhnya Sukakahwin mewarnai dunia fotografi tanah air. Sejak mula dikenali di laman blogspot. Sukakahwin.blogspot.com banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang diterima. Berkat kepercayaan ramai, Sukakahwin kian gagah menggapai langit kejayaan. Kini bertemankan tujuh jurugambar sepenuh dan separuh masa mula memperluas liputan perkhidmatan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan segenap asia. Sukakahwin menawarkan perkhidmatan fotografi perkahwinan walau di mana jua destinasi, bulan madu, korporat, kanak-kanak, komersial, dan turut mengadakan kelas fotografi perkahwinan. Bertepatan dengan objektif Sukakahwin. Teristimewa buat anda yang ingin melangsungkan perkahwinan nikmatilah pakej khas perkhidmatan Photojournalist dengan harga berpatutan. Outdoor Photography juga ditawarkan percuma. Tiada kenaan had masa, tugas akan terlaksana hingga majlis usai...

Pakej Promo Istimewa

Pakej Promo Istimewa

Sehingga 31hb Jun 2011

Merealisasikan Impian Anda...

Merealisasikan Impian Anda...

Cinta Ku HDR...

Cinta Ku HDR...

Romantis Cinta...

Romantis Cinta...

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit...

Asam Garam Rumah Tangga...

Asam Garam Rumah Tangga...

Seandainya Kau Milik Ku...

Seandainya Kau Milik Ku...

Gelora Jiwa...

Gelora Jiwa...

Sentuhan Cinta...

Sentuhan Cinta...

Cinta Selamanya...

Cinta Selamanya...

Anggun Jelita...

Anggun Jelita...

Cinta Ke Pintu Syurga...

Cinta Ke Pintu Syurga...

Kegembiraan...

Kegembiraan...

Isnin, 23 Mei 2011

Nur Syazana & Sahrul Nizam





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terlalu Istimewa...

Terlalu Istimewa...

Cinta Abadi...

Cinta Abadi...

Mengejar Impian..

Mengejar Impian..

Sampai Syurga..

Sampai Syurga..

Kegembiraan Terserlah..

Kegembiraan Terserlah..

Gerbang Cinta...

Gerbang Cinta...

Melayari Samudera Perkahwinan

Namun maknanya janganlah hanya dimengerti dari segi istilahnya sahaja. Mengertilah erti sebenar sebuah perkahwinan dari aspek tujuan perkahwinan itu dalam hidup anda. Ingatilah kembali disaat hati anda memutuskan bahawa si dialah pasangan sehidup semati anda. Sebuah perkahwinan terangkul indah nilai tanggungjawap, kaseh sayang, silaturrahim dan sebagainya yang bakal dipikul bersama kelak.
Perkahwinan bukan hanya sekadar melakukan majlis perkahwinan sebagai saluran menyebarkan berita pasangan yang bakal 'mendirikan masjid', tetapi sebagai permulaan hidup yang sering digelar alam perkahwinan merupakan realiti sebenar kehidupan manusia. Menempuh gerbang perkahwinan dan memasuki alam berumah tangga sememangnya suatu suasana yang sangat berbeza dengan alam bujang kedua insan ini sebelumnya. Persediaan rohani dan mental amat penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Agar segala gelora dan rintangan yang mendepani dapat diharungi berbekal ilmu yang penuh didada. Cinta yang terjalin ketika di alam percintaan bakal diduga realitinya sebuah kehidupan sebagai suami isteri. Cinta yang dulunya begitu fasih menari dibibir kini dituntut kembali di alam rumah tangga. Masalah yang datang menguji diri, buktikanlah dengan keupayaan anda mentadbir rumah tangga dalam menjamin kesinambungan cinta anda berdua dulu, kini dan selamanya kukuh bertaut. Ketahuilah, cinta yang dipertaruhkan bukan sekadar kaseh sayang yang terjalin. Malah suatu amanah yang disertai dengan tanggungjawap yang harus dipikul kedua insan bercinta seiklasnya.
Pasangan yang akan berkahwin haruslah memastikan mereka telah cukup persediaan dari segi lahiriah dan batiniah, serta fizikal dan mental. Dari sudut lahirnya, perancangan kewangan, dan keperluan luaran haruslah dimantapkan. Namun jangan sekali abaikan persiapan diri dari sudut minda. Yakni, anda dan pasangan haruslah persiapkan sedikit sebanyak ilmu atau segala maklumat berkaitan alam rumah tangga. Penuhi juga diri dengan ilmu agama dan juga ilmu rumah tangga. Tanpa ilmu, rumah tangga yang dibina pasti goyah jika tidak saling membimbing antara satu sama lain dan untuk mengutuhkan mahligai yang tercipta.